Thursday, 8 January 2015

Mampukah Epal Tumbuh di Malaysia (Bahagian 1)

Apabila berbicara mengenai epal, pasti ramai diantara anda merupakan peminat kepada buah yang diimport ini. Sama ada di makan secara mentah, dibuat jus, jem atau pai epal, epal mengandungi pelbagai khasiat. Di Malaysia secara amnya epal boleh didapati di pasaraya dan gerai buah tetapi pokok epal ini hanya terpilih sahaja di sesetengah tempat di Malaysia. Contohnya di Cameron Highland dan Lembah Bario di Sarawak. Mampukah buah epal ini tumbuh di bahagian lain di Malaysia yang bersuhu lebih panas dan lembab? Eksperimen dijalankan untuk membuktikannya. Bermulalah daripada benih epal sehingga menjadi anak pokok epal. 

Pelbagai cara digunakan untuk mencambahkan benih epal ini. Sama ada anda mencambahkan menggunakan tisu lembab di dalam peti ais.

Selepas benih mengeluarkan akar, benih ini kemudiannya dipindahkan ke dalam bekas yang mengandungi tanah.



Sampai satu peringkat dimana daun hijau terbentuk. Satu perasaan yang tak terkata bila dapat menatap daun muda epal setiap hari.

Pertumbahan yang sihat, daun-daun yang lebih besar kelihatan sekarang.

Apabila anak pokok mulai membesar. Maka anak pokok ini dipindahkan ke dalam bekas yang lebih besar dan lebih sesuai.

Apabila terlalu miskin untuk terbang ke luar negara untuk melihat dengan mata sendiri bagaimana rupa pokok epal. Maka tanamlah dengan tangan sendiri di tanah air tercinta ini. Malaysia boleh.

No comments:

Post a Comment