Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini dilahirkan dengan bakat dan juga kelebihan masing-masing. Pada sesiapa yang sudah tahu akan bakat dan kelebihan sendiri maka mudahlah untuk diasah dan di kembangkan lagi bakat yang ada. Pada sesiapa yang masih belum mengenali apa kelebihan yang ada pada diri sendiri janganlah berputus asa. Masa adalah penentu. Walaupun saya belum lagi dapat mengenalpasti kelebihan yang wujud namun saya mula terpikat dengan aktiviti berlari. Aktiviti yang sangat mudah, hanya menggunakan kedua kaki anda sahaja.
Aktiviti berlari ini melibatkan larian jarak jauh. Namun bagi pelari amatur atau pada permulaan hanya melibatkan jarak bawah 20 km. Menjadi impian untuk menyertai larian ultra-marathon iaitu larian yang melibatkan jarak 100 km. Persedian yang rapi dan ketat haruslah dilakukan. Selepas persedian melalui larian di gimnasium dan juga kejohanan kecil, saya memberanikan diri untuk membuat larian jarak jauh yang pertama iaitu larian sepanjang jalan lama Gombak. Saya menamakan laluan ini sebagai Old Gombak Trail.
Larian ini bermula dari Pusat Latihan Memandu SKEM ke sepanjang laluan ke Genting Sempah dan Bentong melalui jalan lama. Untuk pengetahuan, laluan ini akan melalui hutan simpan dan jarang sekali ada peneman. Oleh itu, risiko adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Pengguna laluan ini kebanyakan adalah pengguna jalan yang mengelak tol dan juga penunggang basikal berkumpulan. Selain itu hanyalah pengunggu hutan dan juga haiwan liar.
![]() |
| Di depan Pusat Latihan Memandu Skem ini terdapat penanda kilometer, jadi mudah untuk anda menganggar jarak larian. Seperti dalam gambar, 30 KM ke Bentong. |
![]() |
| Selepas sejam lebih larian, tamat 10km pertama tetapi larian kali ini jarak yang dikehendaki adalah 14 km pergi dan 14km pulang. |
![]() |
| Panorama sepanjang jalan adalah hutan tebal. Jadi lebih baik ada peneman kepada pelari yang mahu mencuba larian di sini. |
![]() |
| Tamat larian dalam 14 km pertama dan berehat sambil menikmati keindahan alam sebelum berlari kembali ke tempat permulaan. |
Nota : Larian Old Gombak Trail ini adalah aktiviti larian bebas yang pertama dan terakhir bagi tahun 2014 kerana selepas larian ini saya mengalami kecederaan lutut akibat tidak berhati-hati semasa larian pulang (menuruni bukit). Azam tahun 2015 adalah perbanyakan larian yang saya boleh buat dan menamatkan larian 50km yang pertama.




No comments:
Post a Comment