Friday 9 January 2015

Legday : Old Gombak Trail

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini dilahirkan dengan bakat dan juga kelebihan masing-masing. Pada sesiapa yang sudah tahu akan bakat dan kelebihan sendiri maka mudahlah untuk diasah dan di kembangkan lagi bakat yang ada. Pada sesiapa yang masih belum mengenali apa kelebihan yang ada pada diri sendiri janganlah berputus asa. Masa adalah penentu. Walaupun saya belum lagi dapat mengenalpasti kelebihan yang wujud namun saya mula terpikat dengan aktiviti berlari. Aktiviti yang sangat mudah, hanya menggunakan kedua kaki anda sahaja.

Aktiviti berlari ini melibatkan larian jarak jauh. Namun bagi pelari amatur atau pada permulaan hanya melibatkan jarak bawah 20 km. Menjadi impian untuk menyertai larian ultra-marathon iaitu larian yang melibatkan jarak 100 km. Persedian yang rapi dan ketat haruslah dilakukan. Selepas persedian melalui larian di gimnasium dan juga kejohanan kecil, saya memberanikan diri untuk membuat larian jarak jauh yang pertama iaitu larian sepanjang jalan lama Gombak. Saya menamakan laluan ini sebagai Old Gombak Trail. 

Larian ini bermula dari Pusat Latihan Memandu SKEM ke sepanjang laluan ke Genting Sempah dan Bentong melalui jalan lama. Untuk pengetahuan, laluan ini akan melalui hutan simpan dan jarang sekali ada peneman. Oleh itu, risiko adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Pengguna laluan ini kebanyakan adalah pengguna jalan yang mengelak tol dan juga penunggang basikal berkumpulan. Selain itu hanyalah pengunggu hutan dan juga haiwan liar.

Di depan Pusat Latihan Memandu Skem ini terdapat penanda kilometer, jadi mudah untuk anda menganggar jarak larian. Seperti dalam gambar, 30 KM ke Bentong.

Thursday 8 January 2015

Mampukah Epal Tumbuh di Malaysia (Bahagian 1)

Apabila berbicara mengenai epal, pasti ramai diantara anda merupakan peminat kepada buah yang diimport ini. Sama ada di makan secara mentah, dibuat jus, jem atau pai epal, epal mengandungi pelbagai khasiat. Di Malaysia secara amnya epal boleh didapati di pasaraya dan gerai buah tetapi pokok epal ini hanya terpilih sahaja di sesetengah tempat di Malaysia. Contohnya di Cameron Highland dan Lembah Bario di Sarawak. Mampukah buah epal ini tumbuh di bahagian lain di Malaysia yang bersuhu lebih panas dan lembab? Eksperimen dijalankan untuk membuktikannya. Bermulalah daripada benih epal sehingga menjadi anak pokok epal. 

Pelbagai cara digunakan untuk mencambahkan benih epal ini. Sama ada anda mencambahkan menggunakan tisu lembab di dalam peti ais.

Selepas benih mengeluarkan akar, benih ini kemudiannya dipindahkan ke dalam bekas yang mengandungi tanah.